Assalammualaikum,
Di kisahkan,
Singgahlah Hud diatas dahan untuk menyampaikan amanah untuk insani
Hai Insan, dengarkanlah amanah ini
Telah kamu sambut perintah Nya,
maka nanti kamu akan di anugerahi rahmatNya
kerana redha kamu melalui ujian2 serta kesusahan2 dalam hidupmu
dengan ikhlas memenuhi tuntutan hanya untuk janji2 Nya
Amalan, diterimai
Ampunan, di beri
Doa, di kabuli
Nikmat, di rasai
Umur, di panjangi
Rezki, di luasi
Ilmu, di berkati
Sehat Jasmani Rohani, dijanji
Sesama kamu, bersilaturahmi
Akhirat, surga di jamini
Dan,
Janganlah kamu lupa menghadirkan Nya di dirimu
Janganlah kamu lalai menghadirkan dirimu pada Nya
Janganlah kamu bosan berdoa dan memuji2 Nya
Janganlah kamu putus mengharap akan Nya
Kerana detik yang seketika inilah yang akan menhadiahkan
kamu dengan nikmatNya
yang tidak terhingga sepanjang masa
Kerana Sepanjang2 masa inilah yang akan mengharapkan
kamu dengan rahmatNya
yang tidak terhingga setiap detik
Hai insani, adakah kamu yang empunya amanah ini?
Wassalam
“Selamat Hari Raya Aidil Fitri”
“Maaf Zahir Batin”
semuga hidup kita serta keluarga di penuhi dengan anugerah rahmatNya, nikmatNya, taufikNya, hidayatNya, hikmatNya, berkatNya,maghfirahNya
AMIN
No comments:
Post a Comment