Rambutnya hitam ikal mayang,
panjang berjurai.
Parasnya elok bak bulan purnama.
Kulitnya halus bak sutera.
Pipinya licin bak pauh dilayang,
kemerah-merahan warnanya kerana terkena panas matahari.
Pabila tersenyum, berlesung pipit kedua pipinya
menambahkan manis rupanya;
istimewa pula kerna bertahi lalat dipipi kirinya.
Pandangan matanya tenang dan lembut memikat hati mengoda jiwa.
Hidungnya mancung bak seludang.
Bibirnya merah bak delima merekah.
Mulutnya bak seulas limau dan di antara kedua bibir itu
kelihatan giginya, rapat berjejer putih bak mutiara.
Dagunya bak lebah bergantung dan lehernya jenjang.
Pinggannya ramping dan dadanya bidang, senang mata memandang.
Suaranya lembut bak buluh perindu, memberi pilu yang mendengar.
No comments:
Post a Comment