berdiri di tepian pantai
aku terpesona dek keindahan samudera
tiupan bayu serta lambaian pohon pohon nyuir
namun tatkala menatap wajah mu wanita
aku tergoda oleh senyumannya
yang menyalakan rindu
sukar hendak menyelami perasaan dan hati wanita
sama seperti sulitnya memahami bahasa ombak
tetapi terima kasih wanita, kerana ketiadaan mu
mampu menukarkan dunia menjadi sebuah
yang kosong dan bisu
kerana tanpa mu, tiada aku
inspired by a 400 years old nazam
No comments:
Post a Comment