Sunday, December 13, 2009

Saidah



Ketika aku disisimu, mengapa cepatnya waktu berlalu
Hampirilah dirimu padaku, berilah aku kesempatan
menghayati perasaan ini ketika bersamamu

Akan aku cabar dunia, akan aku suarakan padanya
bahawa aku mencintaimu, jiwaku hanyalah untuk mu
Hampirilah dirimu padaku, berilah aku kesempatan
menghayati cintamu

Cintaku padamu umpama cintanya bintang pada bulan
Malamku dipenuhi resah, keinginan untuk bersama mu
melebihi khayalku, mengatasi segala cabaran

Sejak menemuimu, hidupku menjadi indah
Jika disuratkan tidak bisa aku hidup bersama mu
bagaimanakah akan aku hidup tanpa cintamu

Kerna cintaku ini hanyalah untukmu
Sejak menemuimu, hidupku menjadi indah

No comments:

Post a Comment